5 Feb 2012 - 19 Feb 2012
Keuskupan Keningau
Program ini adalah sebuah program belia yang dianjurkan khas bagi belia untuk membantu keuskupan masing-masing.
Pada mulanya saya hanya menyangka bahawa program ini hanya setakat untuk membawa belia mengenal kehidupan umat-umat di pedalaman. Rupa-rupanya program ini jauh lebih bermakna berbanding apa yang disangkakan oleh saya. Dan dari sini, saya telah mengenal erti kehidupan setiap umat, mengenali 'Siapakah Yesus?', 'Siapakah Saya?', 'Siapakah Gereja?', 'Apakah tugas saya di dunia ini?' dan lain-lain.
Objektif utama sebenar BMK ini adalah;
1. Mewartakan Injil
2. Menyusir Roh Jahat
3. Menyembuh Orang Sakit
4. Menjaga kebersihan
Apa yang saya telah memperolehi daripada BMK ini adalah saya telah menyedari bahawa kita sebagai umat Kristus adalah;
a. harus lebih 'mendengar dan memerhati' daripada 'menghakimi atau mengadili' perwatakan setiap orang.
b. " Apa yang masuk dalam diri kita bukan najis, tetapi apa yang keluar dari mulut adalah najis."
c. Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia.
![]() |
| Selepas misa penutupan BMK 8 di Gereja St Mary, Toboh Laut, Keningau |

No comments:
Post a Comment